|HOME|TOP 10 ARCHI UNIVERSITIES | KERJAYA SENI BINA

Saturday, 8 October 2016

Top Archi Univeristies

Top 100 Universities for Architecture in 2016




1. Massachusetts Institute of Technology (MIT)/ United States 
2. UCL (University College London))/ United Kingdom
3. University of California, Berkeley (UCB)/ United States 
4. Delft University of Technology / Netherlands 
5. Harvard University / United States 
6. University of Cambridge / United Kingdom 
7. ETH Zurich - Swiss Federal Institute of Technology / Switzerland
8. Tsinghua University / China 
9. National University of Singapore (NUS)/ Singapore
10. Manchester School of Architecture / United Kingdom 
11. The University of Hong Kong / Hong Kong 
12. Columbia University / United States 
13. The University of Tokyo / Japan 
14. University of California, Los Angeles (UCLA) / United States 
15. Politecnico di Milano / Italy 
16. The Hong Kong Polytechnic University / Hong Kong 
17. The University of Sydney / Australia 
18. The University of Melbourne / Australia 
19. The University of New South Wales (UNSW Australia) / Australia
20. Cornell University / United States 
21. Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne (EPFL)/ Switzerland 
22. Tongji University / China 
23. Stanford University / United States 
24. KTH Royal Institute of Technology / Sweden 
25. University of Illinois at Urbana-Champaign / United States 
26. University of Pennsylvania / United States 
27. University of British Columbia / Canada 
28. Georgia Institute of Technology / United States 
29. Pontificia Universidad Católica de Chile (UC) / Chile
30. Universitat Politècnica de Catalunya / Spain 
31. Seoul National University / South Korea 
32. Princeton University / United States 
33. University of Toronto / Canada 
34. University of Texas at Austin / United States 
35. Cardiff UniversityCardiff University / United Kingdom 
36. RMIT University / Australia 
37. Eindhoven University of Technology / Netherlands 
38. The University of Sheffield / United Kingdom 
39. Universidade de São Paulo / Brazil 
40. Technische Universität München / Germany 
41. Yale UniversityYale University / United States 
42. Kyoto University / Japan 
43. The University of Queensland / Australia 
44. The University of Auckland / New Zealand 
45. University of Michigan / United States 
46. University of Salford / United Kingdom 
47. Carnegie Mellon University / United States 
48. The University of Newcastle, Australia (UoN) / Australia
49. KU Leuven / Belgium 
50. Politecnico di Torino / Italy
51-100. Aalborg UniversityAalborg University / Denmark 
51-100. Aalto University / Finland 
51-100. Arizona State University / United States 
51-100. Chalmers University of Technology / Sweden 
51-100. City University of Hong Kong / Hong Kong 
51-100. Curtin University / Australia 
51-100. Griffith University / Australia 
51-100. Hanyang University / South Korea 
51-100. Korea University / South Korea 
51-100. Lund University / Sweden 
51-100. McGill University / Canada 
51-100. Monash University / Australia 
51-100. Nanjing University / China 
51-100. National Cheng Kung University (NCKU) / Taiwan 
51-100. New York University (NYU) / United States 
51-100. Newcastle University / United Kingdom 
51-100. Norwegian University of Science And Technology / Norway 
51-100. Oxford Brookes University / United Kingdom 
51-100. Pennsylvania State University / United States 
51-100. Politécnica de Madrid / Spain 
51-100. Queensland University of Technology (QUT)/ Australia 
51-100. RWTH Aachen University / Germany 
51-100. Shanghai Jiao Tong University / China 
51-100. Southeast University / China 
51-100. Sungkyunkwan University (SKKU) / South Korea 
51-100. Technische Universität Berlin / Germany 
51-100. TU Dortmund University / Germany 
51-100. Texas A&M University / United States 
51-100. The Chinese University of Hong Kong (CUHK)/ Hong Kong 
51-100. The University of Nottingham / United Kingdom 
51-100. Tianjin University / China 
51-100. Universidad de Buenos Aires (UBA) / Argentina 
51-100. Universidad de Chile / Chile 
51-100. Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM) / Mexico 
51-100. Universidade Federal do Rio de Janeiro / Brazil 
51-100. Université de Montréal Université de Montréal / Canada 
51-100. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)/ Malaysia 
51-100. Universiti Malaya (UM) / Malaysia 
51-100 Universiti Sains Malaysia (USM) / Malaysia 
51-100. Universiti Teknologi Malaysia / Malaysia 
51-100. University of BathUniversity of Bath / United Kingdom 
51-100. University of Cape Town / South Africa 
51-100. The University of Edinburgh / United Kingdom 
51-100. University of Florida / United States 
51-100. University of Liverpool / United Kingdom 
51-100. University of South Australia / Australia 
51-100. University of Southern California / United States 
51-100. University of Washington / United States 
51-100. University of Waterloo / Canada 
51-100. Virginia Polytechnic Institute and State University / United States

Saturday, 24 September 2016

KERJAYA ARKITEK

KERJAYA DI BIDANG SENI BINA


 KERJAYA DALAM BIDANG SENIBINA


Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.

Keterangan Tugas

·         Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan.
·         Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan.
·         Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.
·         Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT.
·         Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan.
·         Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.

Antara kerjaya dalam bidang ini ialah arkitek perancang bandar, arkitek landskap, arkitek jurukur bahan, arkitek kapal, arkitek marin, arkitek bangunan dan juruteknik senibina.

Ciri – ciri Peribadi


o        Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan
o        Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian
o        Kebolehan menyelesaikan masalah
o        Kreatif dan imaginative
o        Boleh menganalisa secara logic
o        Mempunyai daya pemerhatian yang tajam

Pendidikan dan Prospek Kerjaya


Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Antara institusi yang menyediakan pengajian dalam bidang ini ialah  UM, UTM, UiTM, Politeknik, Kolej Tunku Abdul Rahman, L&G Twintech , Lim Kok Wing Universiti, Taylors College , Alif Creative Academy.
APA ITU ARKITEK ?

Perkataan Arkitek berasal dari perkataan Greek – ‘Arkhitekton’, yang bermaksud ‘ketua tukang bina’ [Head builder]. Definisi tradisional pula mentakrifkan Arkitek sebagai seorang yang merekabentuk, mentadbir dan menguruskan pembinaan sesuatu bangunan. Maka tugas utama Arkitek bolehlah disenaraikan seperti berikut: 
  1. Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,
  2. Menyediakan Lukisan Binaan, 
  3. Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan apa yang ditunjukkan dan dinyatakan di dalam Lukisan Rekabentuk dan Lukisan Binaan, 
  4. Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan, 
  5. Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor dibuat dan menyediakan Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah dipilih, 
  6.  Memastikan proses dan sesi rundingan untuk memilih kontraktor yang bakal membina bangunan yang telah direkabentuknya, dijalankan sebaik mungkin mengikut kehendak perundangan yang berkaitan; dan 
  7. Tugas lain termasuklah menyediakan rekabentuk dan perancangan infrastruktur sesuatu skim pembangunan dan apa sahaja hal yang berkaitan dengan sosio ekonomi yang boleh mempengaruhi proses perancangan alam bina.  
Namun gelaran ‘Arkitek’ secara lazim mengikut peruntukan undang-undang khusus berkaitan dengannya pula, hanyalah layak kepada individu yang telah mendapat pendidikan khusus dalam bidang senibina [untuk satu tempoh yang tidak kurang dari lima tahun di peringkat ijazah dan sarjana (post-graduate) dan telah diluluskan pendaftarannya untuk menjalankan praktis senibina mengikut peruntukan mana-mana undang-undang berkaitan profesion Arkitek di kawasan, wilayah, negeri atau negara dimana Arkitek tersebut memberikan perkhidmatannya. Dari segi kepakaran, Lembaga Pendaftar Arkitek United Kingdom [Architects’ Registration Council of United Kingdom – ARCUK] pula menetapkan 3 keperluan asas yang perlu ada pada seseorang Arkitek: 
i]      Mencipta [to create]     
ii]      Merekabentuk dan merancang [to design and to plan]

iii]     Mengurus dan menyelia [to manage and supervise].
Untuk diikhtiraf sebagai seorang Arkitek, seseorang itu disyaratkan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang mencukupi, terlatih dan mempunyai pengalaman dalam bidang senibina dalam 3 aspek keperluan tersebut di atas. 
Kewibawaan seseorang Arkitek adalah juga bergantung kepada kemampuannya melaksanakan 3 aspek keperluan asas yang disenaraikan di atas.